Teromba

Teromba Adat Perpatih

Sebuah teromba naratif yang panjang, dilaungkan dalam majlis adat, yang menyusur asal usul adat dari Pagar Ruyung hingga ke Negeri Sembilan. Dikekalkan dalam loghat asalnya.

Jika perbilangan ialah hukum adat dalam satu nafas, teromba ialah laungan panjang yang membawa hukum itu sekali gus ceritanya. Teromba dilaungkan dalam majlis adat dan memuatkan asal usul, salasilah, susunan, serta hukum adat dalam satu aliran puisi. Teromba ialah bekas; banyak perbilangan sebenarnya dipetik daripadanya.

Teromba di bawah dirakam dalam loghat Negeri Sembilan dan dikekalkan tepat seperti sumbernya. Perkataan yang bergaris titik boleh dihover atau ditekan untuk melihat maksudnya. Gunakan juga kunci loghat di bawah untuk pola sebutan yang berulang.

Susunan adat

Alam beraja,

Luak berpenghulu,

Suku berlembaga,

Anak buah berbuapak.

Baris masyhur ini meringkaskan hierarki adat: alam ada Rajanya, luak ada Penghulunya, suku ada Lembaganya, dan anak buah ada Buapaknya. Versi loghatnya muncul dalam Gerak II teromba ini (Alam berajo, Luak berpongulu...).

Kunci loghat
  • kato, sayo, negori, limo vokal akhir -a kerap jadi -o (kata, saya, negeri, lima)
  • nang yang
  • dongan, dingan dengan
  • kocik / bosar kecil / besar
  • tompek tempat
  • ateh / dek atas / oleh
  • dokek dekat
Gerak I

Pembuka & sombah

Pembukaan beradat. Penyampai merendah diri dan memohon izin untuk berkata, lalu menegaskan bahawa sembahnya bukan sembarangan, sebaliknya sembah adat yang ada pangkal dan hujungnya.

Pokok ara di ateh bukit,Urat menjulur ke lombah;Sayo menompang betanyo sedikit,Kepado siapo menghulurkan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat?

Awal bermulo, akhir kesudahan,Berkato, bercakap-cakap,Meranti di tongah padangTobang tigo muko;Nang dinanti sudah datang.Kato yang mano kito buko?

Bukan lobahlebah sebarang lobahlebah,Lobahlebah bersarang di ateh akar;Bukan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat sebarang sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat,Sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat di ujung sampai ke pangkal.

Bukan lobahlebah sebarang lobahlebah,Lobahlebah besarang du rumpun buluh;Bukan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat sebarang sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat,Sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat mengangkek jari sepuluh.

Bukan lobahlebah sebarang lobahlebah,Lobahlebah bersarang di ateh nangko;Bukan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat sebarang sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat.Sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat adat dongan pesakopusaka; harta dan adat yang diwarisi.

Bukan lobahlebah sebarang lobahlebah,Lobahlebah besarang di ateh atap;Bukan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat sebarang sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat,Sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat sayo nak bercakap.

Tersungkup dek atap,Terlingkup dek bondulbendul; bingkai/rangka di kaki dinding rumah yang lapan,Nang tuo sayo bersombah,Nang kocik sayo bersalam;Tau nang kocik tompek nang bosar,Tau nang bosar tompek nang tuo,Tau nang tuo tompek nang sudah-sudah;Hujan berpohon, kato berpangkal;Sakit bermulo, mati bersobab;Kato dahulu menopati,Kato kemudian berakhiran,

Gerak II

Kato nang berempat

Teras adat: setiap kata bersandar pada empat sumber, iaitu Kata Allah, Kata Nabi, Kata orang tua, dan rosam (adat) negeri. Di sinilah muncul susunan hierarki "Alam beraja, Luak berpenghulu, Suku berlembaga, Anak buah berbuapak".

Usul-usul asal-asal,Adat jangan ditinggalkan,Torang-torang nyato-nyato,Biar torang pangkal kato;Osoyang pertama; satu kato Allah,Keduo kato Nabi,Ketigo kato nang tuo,Keompekkeempat rosamresam; adat dan peraturan hidup negori.

Kato Allah tu kato berhadis, berdalil, berlafadz, bermakno,bercacar, berjerami, bertunggul, berperasan;Lembago sudah menuangi,

Kato Nabi,Waktu nang limo,Hari nang tujuh,Bulan nang duo boleh;

Dokek rumah dokek kampung,Adat datar, pokatpakat; muafakat'eh samo,Pesako'epusakanya bulat.

Kato tuo tu,Alam berajo,Luak berpongulu,Manusio bersuku barihbarih; aturan atau susunan,Suku ado tuonyo,Anak berbuapak,Adat datar pesakonyapusakanya masomasa.

Rosamresam; adat dan peraturan hidup dunio tu,Tikar terbontang didukuki,Baju sudah disarungi,So perigi sopemandi,Selaman sepamainan,Sejamban sepeulangan;Dokek rumah dokek kampung,Adat datar pesako'epusakanya samo,Pesakopusaka; harta dan adat yang diwarisi bulat juo.

Gerak III

Merendah diri & asal kejadian

Penyampai sekali lagi merendah diri (umur baru setahun jagung) sebelum menyusur asal kejadian. Dunia digambarkan ketika alam masih muda, lalu muncul tokoh pembuka dari alam Minangkabau yang turun dari Pagar Ruyung ke Gunung Rembau.

Tersungkup dek tulang bumbung,Tertanggam dek kayu panjang,Teratur kasau kocik,Mendendeng tobing layar,Mengirap cucuran atap;

Onauenau (sejenis pokok palma) kocik tumbuh di lombah,Daunnyo berkait dingan rotan;Yang kocik mendatangkan sombahsembah; ucapan hormat dan takzim dalam majlis adat,Kok salah tolong tunjukkan.

Kerano dek apo?Umor baru setaun jagung,Darah baru setampuk pinang;

Dek lamo dah lupo,Dek banyak dah ganggu,Terasak juo padang ke rimborimba; hutan tebal,Tak ado rotan bergunolah akar.

Antaro alunalun; gelombang, ombak besar beralun,Somutsemut semotosemata semuonyo bolumbelum,Bumi sebosar talam,Langit sebosar payung,Sebungkah tanah terbalik,Sebatang kayu nang robah,Solaisehelai akar nang putuihputus,Tanah sebungkah buek pengompangpengempang; penahan/empangan air,Kayu sekorek buek pengambanpengamban; pengikat beban yang disandang,Akar solaisehelai buek pengikekpengikat;

Nang membuko dulu,Datuk Tuan PetoriPateri; gelaran tokoh pengasas dalam riwayat sebingkah alam,Sealam tanah 'Nangkabau,Selilit pulau PerocoPulau Perca, iaitu Pulau Sumatera,Lancang kunig layar kesumbokesumba; warna merah daripada pokok kesumba,Turun dari pagar Ruyung,Naik ke Gunung Rombau,Di situlah kito baru tau;Beritik-ansokan pogar,Berkambingkan kijang;

Gerak IV

Tigo beradik

Tokoh pembuka melahirkan tiga beradik yang menjadi punca jurai pemerintahan dan adat: Datuk Temonggung (sulung), Datuk Rajo Dirajo (tengah), dan Datuk Patih Pinang Sebatang (bongsu), masing-masing dengan tempat dan sifatnya sendiri.

O, dek lamo bersarang lamo,Mengadokan anak tigo orang,Nang Tuo bernamo Datuk Temonggung,Diam di Kualo Tanjung Ibul,Medan banyak rumahnyo tinggi,Tompek ombak nang memocah,Tompek kapal nang berlabuh,Layar putih nang terbontang,

Nang tongah bernamo Datuk Rajo Dirajo,Tompek podang bersampaian,Tompek meriam nang beratur,Tobing nang bersisik,Peluru nang dituang,Payung kuning di tongah negori,Di situlah rajo bertitah,Penghulu mengundang.

Nang bongsu bernamo Datuk Patih Pinang Sebatang,Diam du ulu Bukit Payung,Joramjeram'e tinggi,Tompek batu nang terdampar,Tompek pasir timbun-menumbun,Tompek air ssegantang selubuk,Tompek si dongkang berbunyi malam,Tompek si kapeh berulang mandi,Tompek musang tidur bergulung,Tompek ular tidur berlengkar,Tompek borukberuk berlompekan,Tompek ungkaungka; sejenis kera lengan panjang (gibbon) bergogauan,Tompek tupai turun naik;Ranting tak patah,Onggangenggang pun tak lalu.

Gerak V

Lahirnya adat & penutup

Daripada keturunan inilah lahir Datuk Siti Permai, dan dengannya terbukalah alam serta tersusunnya adat dan pusaka, lengkap dengan hukumnya (cincang berpampas, bunuh berbalas). Teromba ditutup dengan pengakuan bahawa semangat datuk inilah asal adat di Negeri Sembilan.

Mako berkatolah Tok Patih Pinang Sebatang,Mengatokan bini'e hamil limo,Sampai onam,Onam sampai tujuh,Siap cuko lado'eh.

Mako berkato pulak bidan nang tujuh,Sari lahir anak Datuk Siti Permai;Alam pun terbuko,Orang pun ramai,Pulai berpangkat naik,Mendapekkan ruehruas (pada buluh atau tebu) dengan buku,Manusio berpangkat turun,Memogang adat dongan pesakopusaka; harta dan adat yang diwarisi,Cincang berpampehberpampas; bayar ganti rugi mengikut hukum adat,Bunuh berbalahberbalas; nyawa dibalas nyawa (cincang berpampas, bunuh berbalas);

Sayo mengaku,Terobit adat tongah dek datuk,Terbit singgit dek bini,Batang gonting,Semangat datuk ke Negeri Sembilan.

Rantaian periwayatan
  1. Disalin oleh En. Yaakub bin Idrus, Lubok China, N.S.
  2. daripada buku tulisan tangan Datuk Hasan bin Lihin, Ketua Kampung Titian Bintangor, Lubok China, N.S. (19 Ogos 1980),
  3. yang mencatatkan daripada tuturan En. Jani bin Bakir, Kg. Sungai Jernih, Lubok China, Melaka,
  4. yang pula belajar daripada Orang Tua Khamis (Orang Tua Kambing), Kg. Tiga Bator, Rembau.

Diterbitkan dalam Warisan, Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, II (1986), m/s 44-48.

Berkaitan Perbilangan: permata pendek adat → Himpunan bidalan dan teromba pendek yang boleh ditapis mengikut tema.